Thursday 5 January 2012

KATA2 HIKMAH

Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:


*"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

*"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[ini bukan hadis,hanya kata2 penuh hikmah seorg yang alim.]apa yang penting kita jadikn kata2 ini sebagai panduan dalam hidup untuk lebih beribadat kepd ALLAH SWT......Insyaallah

ape kes???

Hidup ni bukan pertandingan paras rupa pasangan siapa paling best, tetapi pertandingan siapa paling best selamatkan keluarganya dari azab api neraka.

PELUANG KHATAM AL QURAN CEPAT!!

Siapa kata TAK BOLEH KHATAMKAN ALQURAN DALAM MASA 1 minit?????

dapatkan ganjaran pahala seperti mengkhatamkan alquran......HANYA DALAM MASA SATU MINIT SAHAJA!!!!!

baca surah al ikhlas 1 kali...ganjarannya seperti membaca 10 juzuk alquran...kalau 3 kali...=30 juzuk........jom2 baca.....

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤

JOM DAPATKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!!
JOM DAPATKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!!

STUDY KERANA ALLAH,EXAM KERANA ALLAH

Belajar kerana Allah, study untuk exam.
Mungkin itu yang boleh disimpulkan secara ringkas.

Kita semua mahukan kejayaan dan tiada siapa pun yang pernah merancang untuk gagal. Tetapi apa guna jika cuma hanya berjaya di dunia. Kejayaan di dunia dan di akhirat yang kita idam-idamkan.

Study untuk exam, mujahadah hanya pada musim exam. Mujahadah bermusim. Jika hal ini berlaku pada kita, betulkan kembali kerana niat dan matlamat kita sudah tersasar. Pastikan segalanya kerana Allah SWT.

"Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku" - surah al zariyat 56

"Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam" - surah al 'anam 162

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalan agama yang lurus" - surah al bayyinah 5

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar al Khattab katanya : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat(pahala)


panduan pemakaian wanita