Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:
*"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."
*"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah."
[ini bukan hadis,hanya kata2 penuh hikmah seorg yang alim.]apa yang penting kita jadikn kata2 ini sebagai panduan dalam hidup untuk lebih beribadat kepd ALLAH SWT......Insyaallah
No comments:
Post a Comment